Tak sempat masuk minang, gadis sanggup drive dari jauh semata ingin lihat kekasih buat kali terakhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta pastinya ingin bersatu di jinjang pelamin  walaupun pelbagai dugaan perlu ditempuhi bersama.

Namun, sebagai insan biasa kita hanya mampu merancangan akan tetapi perancangan Allah melebihi segala-galanya.

“Sakit bila berjauhan, sakit lagi bila tak ada selamanya...”

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai @babyshayangawal memaparkan satu panggilan telefon bernama ‘sayang’.

Difahamkan, panggilan tersebut merupakan dari kekasih pemilik telefon berkenaan dikenali sebagai Eyka yang tercari-cari keberadaan teman lelakinya.

Dalam perbualan tersebut, dapat didengari bahawa teman lelakinya telah pergi selamanya selepas didapati tidak sedarkan diri ketika pulang bermain badminton.

Lebih sebak lagi apabila hasrat teman lelakinya yang ingin meminang gadis berkenaan tidak kesampaian.

Sempat lihat arwah di saat akhir.

Dalam video yang lain pula, gadis bernana Eyka itu dilihat datang ke rumah teman lelakinya dengan berpakaian serba hitam.

Bagaimanapun, lebih menyedihkan lagi apabila Eyka dilihat terduduk di sisi pusara Allahyaram meskipun ketika itu kesemua ahli keluarga lelaki telah pergi meninggalkan kawasan tersebut.

"Tak boleh bayang kesedihan dia..."

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak melihat nasib yang menimpa gadis berkenaan. Malah, si perakam dan juga warganet mendoakan agar dirinya terus tabah berdepan dengan hari-hari mendatang.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji keluarga arwah memberi layanan baik kepada gadis berkenaan meskipun belum lagi bergelar keluarga mereka.

Moga Eyka kuat

Baiknya keluarga lelaki ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen