Anak bongsu memang macam ni ke? Lelaki menangis, terharu terima jam dari kekasih hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila menerima hadiah daripada insan tersayang, perasaan teruja dan gembira tentunya sangat dirasai ketika itu. Itu belum lagi kalau hadiah yang diterima itu adalah hadiah yang ditunggu-tunggu selama ini.

Namun lain pula dengan seorang lelaki ini apabila menangis saat menerima hadiah dari kekasih hatinya.

Menangis teruja terima hadiah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @qihaaa ini memaparkan gelagat teman lelakinya ketika menerima hadiah darinya.

Dalam rakaman berdurasi 24 saat itu memaparkan teman lelakinya yang teruja menerima hadiah tersebut sebelum akhirnya menangis kerana terharu.

Malah, dalam video tersebut juga dapat dilihat teman lelakinya begitu teruja memakai jam tersebut sebelum menyambung semula menangis.

Disebabkan itu, @qihaa bertanya kepada pengikutnya adakah sikap suka menangis itu sememangnya sikap anak bongsu.

“Anak bongsu memang cepat nangis ke?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, @qihaa menjelaskan bahawa itu bukan kali pertama dia memberi kekasihnya hadiah namun tidak sangka reaksinya sebegit rupa.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet berpendapat bahawa lelaki tersebut begitu menghargai pemberian kekasihnya. Malah, ada juga yang berpesan agar menjaga lelaki berkenaan sebaiknya.

"Dia rasa dihargai itu..."

Jaga dia baik-baik

Reaksi dia mahal sangat tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen