Dari tak kenal ke jinjang pelamin, wanita tak sangka berebut bunga tangan satukan dengan suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sangka dari orang asing akhirnya berubah menjadi insan yang paling penting dalam hidup. Tapi itulah dikatakan jodoh, tak kira siapa dan di mana pasti akan bertemu juga.

Berebut bunga tangan.

Hal yang sama dilalui pasangan ini apabila bertemu sebagai orang asing sebelumnya disatukan di jinjang pelamin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @aienjefri, dia mengimbau kembali detik pertemuan dirinya dengan suami tercinta.

Menurutnya, mereka bertemu apabila masing-masing menjadi ‘dulang girl’ dan ‘dulang boy’ di majlis perkahwinan rakan mereka.

Lebih unik lagi pertemuan pasangan ini apabila mereka sempat berebut bunga tangan yang dibaling pengantin perempuan kepada ‘bridesmaid’.

Tak kenal satu sama lain.

Katanya, mereka tidak mengenali satu sama lain selain terkerjut apabila dia turut menangkap bunga tangan tersebut ketika itu.

Kalau dah jodoh tak ke mana.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet tumpang teruja melihat kisah pertemuan pasangan ini.

Malah buat yang bujang juga seakan ‘take note’ untuk menjadi ‘dulang girl’ ketika majlis perkahwinan rakan mereka kelak.

Yang bujang 'take note'

Moga bahagia sampai syurga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen