Terliur dengan mee segera ayah, ibu 'scam' anak suap makanan sendiri -"Nasib baik tak muntahkan..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecerdikan anak-anak ini kadang kala buat ibu bapa geleng kepala, mana tidaknya pelbagai ragam yang mereka tunjukkan itu bukan sahaja menghiburkan namun buat ibu bapa berfikir di luar kotak.

Nak-nak lagi anak-anak yang masih kecil, setiap apa yang dilakukan oleh ibu bapanya itulah yang akan diikutinya tanpa rasa ragu-ragu.

Anak nak makanan bapa.

Hal yang sama dilalui oleh ibu ini apabila anaknya menolak makanan gara-gara ‘terliur’ melihat makanan orang dewasa.

Disebabkan itu, pengguna TikTok dikenali sebagai @yaya_rusli56 berkongsi gelagat anaknya yang ‘tertipu’ diantara makanannya dan juga makanan ayahnya.

Menerusi video berdurasi empat saat itu dapat dilihat dua jenis makanan mendekati mulut kanak-kanak berkenaan untuk memastikan anak tersebut menerima makanannya.

Namun makanan yang disuapkan ke mulutnya bukan makanan bapanya tetapi makanan dirinya sendiri.

Sehubungan tersebut, rata-rata warganet terhibur akan perkara berkenaan malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Kesian budak tu kena scam.

Kongsi pengalaman sama

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen