Nikah dah dua tahun, pengantin salin baju anak berusia 8 bulan di majlis bersanding

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan situasi pandemik sudah reda ketika ini, ramai pengantin yang mengambil keputusan untuk bernikah dahulu kini mula mengatur akan majlis bersanding mereka.

Lebih unik lagi apabila masing-masing bukan sahaja bersanding berdua sahaja, namun ada juga yang sudah menimang cahaya mata.

Dah dua tahun kahwin baru sempat bersanding.

Hal yang sama turut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @syafirahsofiah apabila memuat naik moment seorang pengantin perempuan yang sedang sibuk menyarungkan baju pada anaknya.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, usia perkahwinan pengantin berkenaan sudah mencecah dua tahun dimana mereka telah bernikah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lalu.

Baru ada kesempatan untuk bersanding selepas pandemik reda, pasangan ini turut membawa anak lelakinya kini sudah mencecah lapan bulan.

Anak datang majlis kahwin mak ayah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet tumpang teruja melihat pasangan berkenaan.

Malah, mereka turut berseloroh dengan memberitahu yang pasangan tersebut mudah menjawab soalan anak sekiranya ditanya akan kehadiran di majlis perkahwinan ibu dan bapanya kelak.

Mesti best sanding dengan anak sekali

Baby nampak dilema

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen