Penuh macam pasar malam, MUA naik rimas tetamu bersesak dalam bilik pengantin

Kawan baik dan ahli keluarga terdekat merupakan individu yang paling gembira apabila mendapat jemputan untuk meraikan sesuatu majlis istimewa, lebih-lebih majlis perkahwinan.

Namun, kegembiraan segelintir dari kalangan mereka kadang-kadang dilihat melangkaui batas sehingga tanpa sedar ada perbuatan mereka tidak disenangi oleh orang sekeliling.

MUA rimas kerja 'make up' diganggu tetamu

Misalnya seperti yang terjadi kepada jurusolek pengantin bernama Ayu Perdhana yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di platform Tiktok.

 

 

 

 

Menerusi sorotan video itu, dia tidak selesa untuk menyiapkan dandanan pengantin gara-gara para tetamu memenuhi bilik persiapannya yang mana menurutnya kesesakan tersebut seperti pasar malam.

Siap minta barang 'make up' pula !

Lebih parah lagi, mereka sewenang-wenangnya menggunakan peralatan 'make up' yang dibeli khusus buat pengantin tanpa rasa bersalah.

"Tak malu ke?"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berpihak kepada Ayu kerana berang dengan sikap mereka yang dilihat seperti tidak beradab dengan majlis orang, hatta pengantin merupakan kenalan mereka sekalipun.

 

"Pantang betul macam ni"

 

"Kunci je pintu"

Pun begitu, ada juga yang meminta agar jurusolek mengunci pintu sewaktu sesi tersebut. Bukan kurang ajar, tetapi ada hak untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi bagi menangani situasi itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen