Hasil menabung dua tahun, isteri hadiahkan kereta idaman buat suami tercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebahagiaan rumah tangga itu bukan diukur berdasarkan wang ringgit, namun layanan, kesetiaan dan rasa dihargai itu membuatkan satu hubungan mampu bertahan.

“Terima kasih sanggup resign kerja sebab saya...”

Itulah yang dilakukan seorang usahawan dikenali sebagai Nasreen Borhan ini apabila begitu gigih menabung selama dua tahun semata-mata ingin membelikan kereta baru buat suaminya.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nasreen berkongsi detik-detik ketika berada di pusat jualan kereta ketika ingin kereta idaman suaminya telah tiba.

Menurut Nasreen, hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan atas jasa yang selama ini banyak dibantu membantu dirinya sehingga sanggup berhenti kerja.

Tambahnya, dia tidak mengharapkan apa-apa tetapi cukup dibalas dengan kesetiaan dan rumah tangga yang bahagia.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tumpang gembira akan kegigihan usahawan berkenaan. Malah, ada juga berkongsi pengalaman sama dengan wanita tersebut.

Tahniah! rasa terinspirasi

Moga suami tak lupa jasa isteri

Kongsi pengalaman sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen