Lelaki hampir digilis treler cedera, polis sahkan pemandu adalah wanita berusia 35 tahun

Sejak semalam, tular sebuah rakaman video yang menyaksikan kejadian mencemaskan apabila seorang penunggang motosikal nyaris digilis tayar treler ketika sedang mengisi angin tayar di stesen minyak.

Pemandu treler wanita berusia 35 tahun

Susulan insiden, Ketua Polis Daerah Klang Utara iaitu Asisten Komisioner S Vijaya Rao dalam kenyataannya mengesahkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu treler berkenaan adalah seorang wanita berusia 35 tahun.

"Pada 8.30 pagi, berlaku satu kemalangan di perkarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman  membabitkan sebuah treler dan penunggang motosikal."

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu treler itu membuat pusingan U di kawasan stesen minyak dan melanggar penunggang motosikal."

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal lelaki yang berusia 29 tahun itu tertolak ke kiri dan hampir tergilis."

-S Vijaya Rao-

Penunggang motosikal cedera

Sementara, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapat rawatan di pusat perubatan swasta.

Walaubagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan bagi megenalpasti kejadian sebenar dan pihak polis emnasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen