Ujian makmal 'sangkut', sijil halal kek bulan ditarik lepas jumpa DNA babi dalam bahan

Majlis Ugama Islam Sabah menarik semua Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) selain membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat Port View Euro Bakery Sdn Bhd susulan mendapati DNA babi digunakan dalam pengoperasian mereka.

DNA babi dalam kek bulan

Setiausaha Muis iaitu Ramlan Awang Ali dalam kenyataannya memaklumkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNEP) Sabah sudah melakukan pemantauan berikutan aduan yang dibuat.

"Muis mendapati bahawa Sijil Halal syarikat itu sudah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesilapan yang berlaku."

"Pihak kita berpandangan bahawa syarikat ini melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dikeluarkan oleh syarikat itu."

-Ramlan Awang-

Ujian makmal sahkan status DNA

Sementara, keputusan DNA babi itu pula disahkan menerusi hasil keputusan ujian makmal bertarikh 1 November lalu.

"Ini dibuktikan melalui keputusan ujian makmal dari Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Taknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bertarikh 1 November analisa DNA haiwan bagi sampel produk Port View Moon Cake menunjukkan adanya DNA babi."

-Ramlan Awang-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen