"The power of mak..."-Gerun tengok cara masak tak sukat, tapi tukang rasa kata sedap

Rasanya semua sedia maklum bahawa air tangan ibu merupakan masakan terbaik bagi keluarganya, malah tiada siapa yang dapat menandinginya walaupun cara masak mereka hanya sekadar 'agak-agak'.

Bagi yang belum profesional mungkin kita akan gerun melihatnya, namun percayalah hasil 'agak-agak' kaum ibu setakat ini tidak pernah lagi mengecawakan.

Tenang tunjuk skill masak tanpa sukat

Begitulah juga yang dikongsikan oleh pemilik akaun Shizuka di laman Tiktok yang menyaksikan gelagat seorang selebriti yang juga merupakan seorang isteri dan bakal ibu.

 

 

 

Dalam hantaran tersebut, dia selamba memasukkan segala ramuan dalam masakannya tanpa menyukat, walhal saiz hidangan itu besar dan pastinya untuk dihidangkan kepada jumlah tetamu yang ramai.

Campak-campak pun sedap

Namun, dia masih kekal tenang sehingga akhirnya dia meminta seorang lelaki untuk tampil rasa masakannya dan siapa sangka taktik 'agak-agak' itu membuahkan hasil.

"Air tangan ibu tak pernah gagal"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya akui kehebatan seorang ibu dan isteri sewaktu beraksi di dapur kerana boleh dikatakan hampir semuanya handal dalam bab memasak menggunakan gerak hati.

 

 

"Dia boleh sambil nyanyi"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen