Wanita jaga ayah sakit, tapi 'method' angkat yang digunakan jadi perhatian

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular di Tiktok mengenai kehebatan seorang anak menguruskan bapanya yang sakit walaupun menggunakan kudrat seorang wanita.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah cara yang digunakan dalam mengangkat dan memindahkan bapanya dari katil ke kerusi roda dan sebaliknya.

"Sayang bapak."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aisyahishak5 di Tiktok, dia dengan menunjukkan cara mudah yang digunakan untuk membantu pergerakan bapanya tanpa perlu menggunakan kudrat sendiri telah menarik perhatian netizen.

Bukan sahaja dipuji dengan kesungguhan menjaga ayah, malahan turut dikagumi kerana bijak menggunakan cara baru yang boleh dicontohi oleh masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sama.

 

"Buat barut sendiri untuk ayah."

Menjawab kepada pertanyaan netizen mengenai alat digunakan dan cara menggantung mesin tersebut, wanita ini menjelaskannya melalui satu lagi video yang dimuat naik menunjukkan cara pemasangan.

Malahan, beliau turut menghasilkan barut sendiri untuk memudahkan urusan memindahkan bapa kesayangannya dari katil ke kerusi roda dan sebaliknya.

"Hebat sis.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita ini yang menjaga bapanya kerana sesungguhnya menjaga orang sakit memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Apa nama alat tu.."

Malahan, alat yang wanita ini gunakan juga menarik perhatian netizen di luar sana yang mempunyai ahli keluarga yang memerlukan bantuan pergerakan. Justeru, ramai yang turut bertanya dari manakah alat ini dibeli.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen