Masih berbusana pengantin, wanita meninggal dunia di pangkuan suami selepas 30 minit diijabkabul

Oleh: Shasha Zack

Tiada yang mampu digambarkan dengan kata-kata mengenai kesedihan seorang suami yang kehilangan isteri hanya selepas 30 minit diijabkabulkan.

Lebih menyayat hati, isteri kesayangan rebah di pangkuan tanpa sempat mengecap kehidupan bersama sebagai suami isteri.

Sempat call ayah ucap syukur

Menurut Middle East, pasangan suami isteri ini terus pulang ke rumah sebaik sahaja majlis tamat.

Setibanya di rumah, arwah terus menelefon ayahnya meluahkan rasa gembira dan syukur kerana akhirnya dia disatukan dengan suami setelah 3 tahun bertunang.

Terkena serangan jantung

Selang beberapa minit, ada individu memaklumkan arwah tiba-tiba terkena serangan jantung dan dipercayai meninggal dunia di situ.

Bapa arwah yang terkejut terus bergegas ke rumah dan luluh hatinya mendapati anak kesayangan sudah tidak bernyawa dalam busana pengantin yang masih dipakai.

Tak ada tanda akan 'pergi'

Menurut sumber, arwah yang berusia 20 tahun ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda akan 'pergi' kerana nampak sihat dan bertenaga.

Pemergian arwah sememangnya ibarat satu tamparan namun ahli keluarga tidak menolak takdir tersebut dan meredhai pemergian arwah.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen