'First time' berjauhan dengan ibu, pengantin menangis tak nak berpisah

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila seorang wanita itu bergelar isteri kepada suaminya, pasti menjadi satu kebiasaan mereka akan meninggalkan keluarga sendiri untuk berbakti kepada keluarga mentua pula.

Disebabkan itulah, apabila seorang anak perempuan sudah sah menjadi isteri, ibu bapa mereka akan menangisi malah anak itu sendiri juga akan mengalirkan air mata kerana sedar akan tanggung jawabnya selepas ini.

Menangis tak nak berpisah dengan ibu.

Hal yang sama dilalui oleh pengantin baru ini apabila mengalirkan air mata di hari bahagia kerana dirinya bakal berpisah dengan keluarga untuk tinggal bersama keluarga mentua.

Menerusi satu perkongsian di paltform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @liskyo memaparkan seorang pengantin perempuan yang lengkap berpakaian berona putih yang dilihat menangis teresak-esak.

Difahamkan, pengantin perempuan tersebut menangis disebabkan bakal berpisah dengan ibunya dan itu adalah kali pertama mempelai berjauhan dengan keluarga.

Bakal duduk dengan keluarga mentua pula.

Menurut pengguna TikTok itu lagi, pengantin tersebut akan mengikut suaminya menetap di rumah ibu mentunya.

Gara-gara tidak dapat menahan kesedihan itu, pengantin berkenaan menangis teresak-esak hingga rakannya terpaksa mengelapkan air mata agar solekannya tidak comot.

Dalam kesempatan itu juga, pengguna TikTok turut menasihati rakannya agar menjaga perangai semasa tinggal di rumah keluarga mentuanya.

"Menangis tengok member lap makeup..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet lebih tertumpu kepada cara rakannya mengelap solekan di wajah pengantin.

Malah, ada juga baka-bakal pengantin yang meluahkan rasa kebimbangan sekiranya perlu berdepan perkara yang sama.

"Dah nampak dah masa depan aku..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen