Pelanggan terkedu 'diketuk' kailan ikan masin bernilai RM18, KPDNHEP minta tampil buat aduan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial hari ini akan luahan seorang pelanggan restoran di Kepala Batas yang didakwa terkedu selepas mendapati harga sebungkus masakan kailan ikan masin bagi seorang makan berharga RM18.

Perkara tersebut menjadi tular selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan tersebut dan dimuat naik ke sebuah laman Facebook.

“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik dari sebuah laman Facebook.

Dalam posting berkenaan, menu itu didakwa dibeli di sebuah restoran dengan bil keseluruhan RM122. Namun nama restoran tidak didedahkan.

Bil berkenaan memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulan dan sambal (RM5).

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan tampil membuat aduan rasmi berhubung ‘posting’ tersebut.

Jurucakapnya berkata, KPDNHEP memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tindakan lanjut dapat dilakukan.

"Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis itu," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen