Tak sempat lihat jenazah ibu, anak maut kemalangan dalam perjalanan balik kampung

Tidak kesampaian hasrat seorang anak ingin menziarah jenazah ibunya di kampung apabila dia ditemui meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Anak maut dalam perjalanan ziarah ibu

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu iaitu Deputi Superitendan Afandi Hussin, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang dari Johor ke Machang.

"Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tercampak keluar daripada kereta dan mengalami kecederaan parah."

"Anggota perubatan yang sampai untuk bantuan kecemasan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu (suami) dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan."

"Mereka dipercayai dalam perjalanan balik menziarai jenazah ibu mangsa yang meninggal dunia."

-Affandi Hussin-

Gembira hamil dua minggu

Dalam kenyataan lain, mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan yang lalu dan sedang hamil cahaya mata pertama dengan usia kandungannya baru dua minggu.

Salam takziah buat ahli keluarga, moga kedua-duanya ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen