Pakcik try nak jadi 'sweet', tapi reaksi 'cringe' makcik undang tawa netizen

Oleh: Shasha Zack

Kata orang, madah cinta dan ayat manis hanya akan diberikan buat pasangan yang masih muda dengan perasaan cinta yang membara.

Namun, video yang tular baru-baru ini menunjukkan, meskipun telah menjangkau usia, kata-kata cinta dan romantis masih meniti di bibir untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan.

"Abang selalu merindumu, aduhai sayang.."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @instaartfizah di Tiktok, dia merakam detik 'sweet' bapanya yang menyanyikan lagu buat ibunya.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi ibunya yang 'cringe' dengan ayat manis dari lagu jiwang yang dinyanyikan membuatkan netizen terhibur.

"Kat mana pakcik buka kelas?"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan suka melihat gelagat comel dan 'sweet' pasangan ini. Malah ada yang bertanya jika pakcik ada membuat kelas untuk menghantar suami belajar cara berperangai 'sweet' seperti dalam video.

"Tua2 la makin nak berkasih sayang."

Ada juga yang menyokong tindakan sweet pakcik tersebut yang masih 'bersayang-sayang' dengan isterinya meski sudah menjangkau usia.

"Acik tu malu-malu pulak.."

Ada pula netizen yang terhibur melihat gelagat isteri pakcik tersebut yang malu-malu apabila diperlakukan begitu oleh pakcik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen