Hanya sebab mak ayah bisu, gadis tadah telinga selalu diejek. -"Takpelah, saya bersyukur..."

Tak semua manusia di atas muka bumi ini dilahirkan sempurna kejadiannya, namun mereka tetap indah di mata Sang Pencipta.

Walaubagaimanapun, tak dinafikan segelintir umat manusia amat gemar memperlekeh kekurangan insan istimewa ini sehingga tanpa sedar ada hati yang terluka.

Lelaki perlekeh mak ayah bisu

Nasib sama turut menimpa gadis ini yang hanya ingin dikenali sebagai hasnasirr. Dalam perkongsiannya di Tiktok menyaksikan sebuah kisah ringkas yang pernah dilalui olehnya sewaktu ketika dahulu.

 

 

 

Dia pernah diejek oleh seorang lelaki kerana mempunyai ibu bapa yang kelainan upaya iaitu bisu.

Namun, dia tetap bersyukur kerana masih dapat merasai kasih sayang dari kedua-duanya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir sekitar 3 tahun lalu.

"Ingat aku lagi tak?"

Pengalaman pahit itu seperti sukar untuk dilupakannya kerana sehingga saat ini masih segar dalam ingatannya tentang lelaki terbabit termasuk nama, tempat tinggal dan ciri-cirinya.

Pantang perlekeh parents

Dalam waktu sama, warga netizen turut meluahkan kesal terhadap sikap individu terbabit selain berharap agar hasnasirr kuat menelusuri hari-harinya bersama ayah.

 

"Bangga  dapat berbakti..."

 

"Aku tak boleh maafkan dia"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen