Cabar diri gerak Johor tanpa pakaian, lelaki minta maaf tak dapat tunai janji

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Peribahasa itu mungkin dapat dipadankan dengan video yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam sorotan video tersebut, seorang lelaki berbaju kuning telah mencabar dirinya untuk berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor sekiranya pasukan KL City berjaya menewaskan pasukan lawan mereka iaitu Johor Darul Takzim(JDT), semalam.

Cabar diri bertelanjang ke Johor

Walaubagaimanapun, siapa sangka kemenangan yang ditunggu selama 32 tahun akhirnya memihak kepada KL City dengan kutipan mata 2-0 sekaligus mengkahiri perlawanan pada malam itu.

 

 

Dalam waktu sama, warga netizen turut menggesa individu terbabit membuktikan kenyataannya sebelum ini yang akan ke Johor tanpa seurat benang pakaian di badan.

Lelaki minta maaf tak dapat tunai janji

Namun begitu, dalam hantaran lain pula memaklumkan bahawa individu itu tidak dapat mengotakan janjinya susulan keadaan kesihatan dirinya selain meminta maaf kepada orang ramai.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,039,208 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen