Terkesan kekalahan JDT, lelaki kurung diri dalam bilik tapi kawan pulak datang menganjing.

Oleh: Shasha Zack

Perlawanan antara JDT menentang KL City sememangnya menjadi fenomena hari ini. Namun, adat pertandingan pasti ada kalah dan menang. JDT telah tumpas di tangan KL City sekaligus menyebabkan juara bertahan itu pulang dengan kekecewaan termasuk penyokong tegar mereka.

"When member kau terpaling Johor, murung member."

Kisah lucu yang menjadi bualan ramai ini melibatkan seorang penyokong tegar JDT di sebuah asrama yang 'membawa diri' akibat kecewa dengan kekalahan pasukan kegemarannya.

Akibat dari kekalahan tersebut juga, dia telah diserbu oleh rakan-rakannya dengan tujuan untuk 'menganjing' kekalahan pasukan JDT sambil menyanyi lagi 'Luaskan Kuasamu Johor' dengan penuh semangat. 

Walaupon malu dan bengang, pelajar lelaki yang juga penyokong pasukan tersebut hanya mampu menyembunyikan wajah di sebalik 'hoodie' yang dipakai.

"Ni part paling best.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat rakan-rakan yang menganjing dan juga pelajar yang menahan malu tersebut. 

Ada netizen yang berseloroh sememangnya part yang paling menarik adalah 'menganjing' penyokong pasukan yang kalah demi kepuasan hati mereka.

"Bak kata mak saya, apa salahnya sekali sekala bagi orang lain rasa menang.."

Ada pula netizen yang turut ikut memerli penyokong pasukan JDT dengan mengatakan pesan ibunya untuk sekali sekala memberi peluang orang lain merasa kemenangan yang selalu dijulang.

"Harap tak mengigau.."

Malahan ada yang berseloroh mengatakan agar penyokong dari JDT tidak tidur mengigau kerana kekalahan ini dan terhibur melihat rakan-rakan penyokong tersebut siap datang berjemaah membawa mafla demi memerli pelajar tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen