Confident cuti sebab JDT menang, budak perempuan kecewa terpaksa sekolah, ibu dah siap gosok baju

Oleh: Shasha Zack

Umum mengetahui JDT merupakan juara bertahan dalam liga bola sepak Malaysia. Justeru, perlawanan baru-baru ini sudah pasti membuatkan penyokong tegar JDT yakin mereka akan mengekalkan kejuaraan tersebut sebelum berputih mata kepada KL City dengan keputusan 2-0.

"Esok cuti ibu, sebab Johor menang.."

Video lucu dari seorang kanak-kanak yang yakin dengan kemenangan JDT tular di Facebook baru-baru ini. Mesra disapa Dipa, si cilik ini kelihatan masuk ke dalam kereta dan teruja memberitahu berita mengenai sekolah yang bakal bercuti atas kemenangan yang diraih JDT.

Ibu kepada Dipa, Suhaidah Addenan terus menghamburkan gelak mengekek ketika dia mendengar kata-kata anaknya kemudian menjelaskan bahawa Piala Malaysia belum pon bermula lagi.

"Hidup ni kita kena terima kenyataan nak.."

Ternyata nasib tidak menyebelahi JDT setelah tumpas di tangan KL City, Dipa masih merayu untuk bercuti pada keesokan harinya namun disangkal oleh ibu kanak-kanak ini. Menegaskan bahawa dia telah seiap menggosok baju untuk sekolah esok membuatkan Dipa nampak kecewa. 

Hal ini benar-benar membuatkan netizen turut sama berdekah melihat semangat cuti si cilik ini kerana terlampau yakin kemenangan di pihak JDT.

"Dipa la ni, over confident.."

Tinjauan ke ruangan komen endapati ramaiyang terhibur melihat gelagat Dipa yang terlampau yakin bahawa JDT bakal merangkul juara bertahan. Malahan ada yang berseloroh kerana keyakinan Dipa lah membuatkan JDT kalah.

"Habislah Dipa kemurungan."

Ada juga netizen yang berseloroh Dipa bakal menghadpai kemurungan kerana tidak dapat cuti gara-gara kemenangan yang tidak tercapai.

"Yang tak tahan dengar ibu dia ketawa."

Ada pula netizen yang berkata, keadaan jadi lebih lawak setelah mendengar ibu Dipa turut ketawa melekek melihat omelan Dipa yang berkeras tidak mahu ke sekolah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen