"Anda ketawa hari ini, saya ketawa pada hari-hari berikutnya..." - TMJ tenang jawab 'usikan' netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia sekaligus menewasakan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi sememangnya sangat meninggalkan kesan kepada pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Walaupun perlawanan sudah berakhir namun drama penyokong kedua-dua pasukan masih berterusan sehingga kini.

Malah, ada segelintir wargaent yang dengan sengaja ‘mengusik’ pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Tak ada apa, nak gelak je"

Memetik laporan Kosmo Online, seorang pengguna laman Twitter @khairizulfadhli berjaya mencuri tumpuan TMJ selepas berkongsi ciapan mentertawakan kekalahan pasukan JDT.

Namun begitu, dengan santai baginda membalas ciapan tersebut selain meluahkan rasa syukur memiliki kehidupan yang bahagia bersama ahli keluarganya.

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor, masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.

“Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini/sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya. Saya bersyukur/diberkati,” tulis TMJ.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi akan perkara tersebut.

JDT dah naikkan bola sepak negara

Adat bermain, menang tu rezeki

Bila kalah baru ada persaingan sihat

Untuk makluman, malam tadi KL City berjaya menewasakan JDT dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil setelah 32 tahun menanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen