Kawan 'susah senang', member tolong suapkan makanan saat tangan cedera

Oleh: Zuzu Yasmine

Kawan gelak ketawa memang ramai, tapi kawan yang sanggup susah dan menangis dengan kita memang payah nak cari. Meskipun sebelum ini kita sentiasa berada dengannya saat susah dan senang.

Perkara ini dapat dilihat sekiranya seseorang itu berdepan dengan kesusahan yang mungkin turut membebankan rakan-rakannya yang lain.

Suap makanan ke mulut rakan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @evatia_mardian memaparkan gelagat dua anak muridnya ketika waktu rehat sesi pembelajaran di sekolah.

Lebih menarik perhatian apabila salah seorang anak muridnya itu menyuapkan makanan ke mulut rakan yang mengalami kecederaan di tangan.

Menurut @evatia_mardian, dia tidak sengaja merakamkan moment tersebut ketika berada di dalam kelas berkenaan kerana malas ke bilik guru.

“Sahabat saling melengkapi...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan persahabatan dua orang remaja itu hingga ke hari tua. Malah, warganet turut meluahkan rasa sebak melihat persahabatan yang ada saat susah dan senang itu.

Kawan sampai syurga

Best ada kawan macam tu

Senyum tu mahal

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen