Nafi buat lawak rogol, guru saman fitnah bekas pelajar dan bapa

Oleh: Shasha Zack

April lalu, tular mengenai seorang guru yang membuat gurauan berkenaan jenayah rogol di dalam kelas semasa sedang mengajar.

Khairul Nizam Sanuddin, 43 merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas pelajar, Ain Husniza dan bapanya.

Bapa sahkan terima writ saman dari guru

Memetik laporan Kosmo, bapa Ain, Saiful Nizam telah mengesahkan menerima writ saman yang difailkan di Mahkamah Seksyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rashidi Ema dan Yung pada 26 November lalu di akaun twitter miliknya.

Guru nafi buat lawak lucah atau rogol

Plainitif, Khairul Nizam telah menafikan ada membuat lawak lucah atau yang berkaitan dengan rogol sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Malahan, guru tersebut turut menegaskan ianya adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman dan pengajaran.

Guru terbabit turut memohon satu perintah injuksi bagi menghalang defendan dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur fitnah atau ejen mereka dihalang daripada mengulangi semua pernyataan tidak benar itu di mana sahaja dalam apa jua bentuk.

Tuntut permohonan maaf

Guru PJK berkenaan turut menuntut permohonan maaf daripada Ain dan bapanya, Saiful Nizam yang akan diterbitkan di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti selain di akhbar pilihan plainitif.

Khairul Nizam turut memohon ganti rugi termasuk ganti rugi akibat kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah selain kos dan relif lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen