Selamba basuh tangan dalam MRT, wanita dikecam hebat netizen - "Mentaliti low class."

Oleh: Shasha Zack

Pengangkutan awam yang tersedia di negara kita haruslah digunakan sebaik-baiknya oleh semua. Masyarakat sepatutnya mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi sepanjang penggunaan pengangkutan awam memandangkan ianya digunakan oleh semua rakyat Malaysia.

Namun, lain pula halnya dengan seorang wanita yang tular baru-baru ini mengenai tindakan tidak bertanggungjawabnya semasa menaiki MRT.

Dengan selamba cuci tangan

Video seorang wanita yang tidak teragak-agak membuka botol minuman langsung membasuh tangan di lantai MRT yang dinaiki telah dirakam oleh salah seorang pengguna yang ada di dalam kereta api tersebut.

Video tersebut telah mendapat perhatian pihak Rapid KL sendiri dan pihak pengurusan telah memuat naik peringatan dan pesanan buat rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam berkenaan. 

Malahan, dalam posting yang dibuat di Facebook tersebut, pihak Rapid KL turut menegur tindakan individu tak bertanggungjawab itu.

"Mentaliti takde kelas punya orang.."

Tindakan wanita ini mendapat kecaman hebat dari netizen. Ada yang menyelar wanita ini dengan mengatakan bahawa individu mempunyai mentaliti rendah dan menggesa pihak berwajib menampal wajah wanita ini demi kesedaran semua pihak.

"Hebat ya.. Macam tak ada perasaan.."

Malahan, ramai juga yang mengatakan wanita ini seperti tidak punya perasaan kerana sanggup mengotorkan MRT yang dijaga bersih oleh semua pengguna.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen