Suami nak balik rumah isteri pertama, hulur RM20K duit belanja untuk bini muda

Oleh: Shasha Zack

Tidak semua wanita boleh menerima poligami berlaku dalam perkahwinan mereka. Namun jika ianya berlaku, maka persefahaman dan komunikasi yang baik perlu sentiasa dijalankan agar hubungan antara semua pihak lebih terjaga.

Sama lah dengan kisah poligami yang berlaku kepada seorang wanita sebagai bini muda yang berkongsi kisah poligami rumahtangganya di Tiktok.

"Suami milik Allah.."

Pernah berkongsi pandangan mengenai hidup bermadu, @farahzurkarnaini memuat naik satu video pada beberapa bulan lepas bahawa kehidupan mereka berpoligami adalah harmoni kerana suami yang mereka kongsi adalah milik Allah dan milik bersama.

"Kalau macamni, nak mintak istana lah.."

Berkongsi tentang 'kemurahan' hati suaminya, wanita ini memuat naik satu video mengenai duit belanja yang diberikan suaminya sebelum dia bergerak ke rumah isteri pertama.

Apa yang mengejutkan netizen adalah amaun duit belanja yang sangat banyak iaitu RM20 ribu mengundang pelbagai reaksi dari sudut positif dan negatif.

 "Okay biar tak kaya asal tak kongsi."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ada yang membantah dan ada juga yang bersetuju poligami sekiranya memperoleh duit belanja sebanyak itu.

Namun ada netizen yang menegaskan dia rela tidak kaya asalkan tidak berkongsi suami. 

 "Kalau macamni, saya pon bagi laki bermadu.."

Dari sudut pandangan lain, ada isteri yang sanggup bermadu sekiranya mereka mendapat jumlah wang perbelanjaan sebanyak itu.

 "Belum tentu tinggal banyak gitu pada bini muda.."

Malahan ada juga netizen yang berprasangka bahawa tidak semestinya isteri pertama mendapat duit belanja sebanyak itu dari suami mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen