Gadis cuak tanya soalan pasal kahwin, tapi jawapan ayah buat ramai tersentuh

Oleh: Shasha Zack

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup kita. Semua perkara semestinya memerlukan pendapat mereka memandangkan mereka lebih dulu 'makan garam' dan pastinya semua keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan bersama.

Begitulah perkongsian seorang gadis yang bertanya pendapat ayahnya mengenai jika seseorang datang merisik dirinya. Namun, jawapan yang diberikan oleh bapa gadis ini ternyata menyentuh hati ramai.

"1 tangan dia naik kat awak, 10 tangan papa naik kat dia.."

Gadis ini, @rnaniria memuat naik video di Tiktok mengenai pendapat bapanya jika ada lelaki yang datang ke rumah untuk masuk meminang. Menjawab persoalan anaknya, bapa ini tidak meletakkan syarat yang terlalu tinggi asalkan lelaki tersebut seorang yang baik dan boleh menjaga puteri kesayangannya ini.

Namun, apa yang menyentuh hati netizen adalah pesanan dan amaran dari bapa ini di penghujung video mengenai jika berlakunya sebarang kekasaran terhadap puteri kesayangannya, dia tidak akan berdiam diri dan pasti akan membela nasib anaknya.

 "Rasa macam takde laki lain boleh ganti tempat ayah.."

Perkongsian gadis ini mendapat komen dari netizen yang meluahkan rasa sedih mereka selepas melihat video tersebut.

Ada yang berkata tidak mahu berkahwin demi menjaga ayah kerana tidak ada yang boleh menggantikan tempat seorang bapa yang menyayangi anaknya dengan tulus dan ikhlas.

 "Seorang ayah nak orang jaga anak dia macam dia jaga anak.."

Ada juga netizen yang berkata seorang ayah pastinya inginkan yang terbaik buat anak mereka kerana selama ini mereka menjaga anak dengan penuh kasih sayang.

 "Trust your dad.."

Ada juga netizen memberi pendapat untuk mendengar dan percaya pada semua nasihat yang diberikan oleh bapa gadis ini kerna setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka semuanya demi kebaikan anak-anak.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen