Dua hari telefon tak berjawab, guru ditemui meninggal dunia dalam semak

Kegagalan seorang isteri menghubungi suaminya selama dua hari akhirnya terungkai selepas orang awam menemuinya dalam kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku pada Khamis lalu.

Jumpa kereta dalam semak

Menurut Ketua Polis Lipis iaitu Superitendan Azli Mohd. Noor, mangsa yang dikenali sebagai Tengku Suhaimi Tengku Yusoff yang juga merupakan seorang guru di SMK Gua Musang, Kelantan ditemukan terbaring dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

"Hasil siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda itu berwarna kelabu metalik, manakala pemeriksaan ke atas nombor plat mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita."

"Polis berjaya memperoleh nombor telefon wanita itu lalu menghubunginya dan dia mengakui isteri kepada mangsa yang ditemukan dalam kenderaan tersebut."

-Azli Mohd Noor-

Dua minggu panggilan tak berjawab

Tambah beliau, sebelum ini isterinya memaklumkan suaminya tidak balik ke rumah lebih dua hari dan banyak kali membuat panggilan, tetapi tidak dijawab.

Walaubagaimanapun, polis tidak menemui sebarang senjata dalam kereta atau di kawasan berhampiran selain mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terkena serangan jantung.

"Kakak sayang ayah..."

Susulan khabar itu, anak serta para pelajarnya tidak putus menitipkan ucapan takziah selain mendoakan kebaikan buat arwah.

 

"Kami sayang cikgu"

Anda masih keseorangan?

1,039,177 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen