MH370 jadi bualan, individu dakwa jumpa lokasi terhempas lepas lebih setahun kaji

Selepas 7 tahun menyepi, pesawat MH370 kini kembali menjadi bualan hampir seluruh duni selepas seorang jurutera mendakwa dirinya mengetahui lokasi terhempasnya pesawat berkenaan.

Individu dakwa tahu lokasi MH370

Menurut sumber, jurutera aeronautik bernama Richard Godfrey dalam kenyataannya memaklumkan kemungkinan besar MH370 berada di lautan Hindu dengan kedalaman 4,000 meter sepertu dilaporkan media antarabangsa BBC dua hari lalu

Jangka tahun depan mula kerja mencari

Tambah Richard, beliau telah menghabiskan lebih setahun untuk membuat kajian selain mengira lokasi pesawat MH370 terhempas dan percaya Boeing 777 itu terhempas di Lautan Hind 2,000 km barat Perth, Australia Barat.

Ujarnya, kerja-kerja mencari sesuai dilakukan mulai tahun depan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum keluar sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa di negara ini berhubung dakwaan yang sedar tular.

Pencarian MH370 belum bertemu noktah

Untuk rekod, pesawat MH370 telah hilang dari radar sewaktu penerbangan bertarikh 24 Mac 2014. Dalam kejadian itu, seramai 239 penumpang dan anak kapal yang terlibat juga masih belum ditemui sehingga kini.

Malah, insiden itu merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen