Dulu ‘member’ sekarang suami isteri, pengantin malu-malu bila disuruh cium dahi.

Oleh: Shasha Zack

Kita takkan pernah menyangka siapa jodoh kita yang akan menemani sehingga hari tua. Namun, pastinya lebih 'awkward' apabila persahabatan yang telah 10 tahun bersama bertukar menjadi pasangan suami isteri.

Hal ini lah yang terjadi apabila seorang wanita, @tyrarazak akhirnya menamatkan zaman bujangnya sengan sahabat baik sendiri.

"Macamni lah kahwin dengan bestfriend sendiri.."

Video yang tular di Tiktok itu mendapat perhatian netizen gara-gara perangai mereka yang tersipu-sipu malu untuk bergambar bersama.

Faktor telah lama menjadi 'bestfriend' juga menjadi punca pengantin perempuan terlampau kaku untuk membuat gaya romantis seperti yang diarahkan oleh jurugambar sehingga wanita itu menepis tangan suaminya beberapa kali dan menghela nafas panjang kerana terlalu malu dan gemuruh.

"Ni jelah hasil gambar, pengantin perempuan memang pemalu.."

Melihat kepada sikap 'awkward' kedua-dua pengantin, membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai hasil gambar perkahwinan mereka. Menjawab pertanyaan netizen, wanita ini memuat naik satu lagi video hasil gambar mereka di samping memberi penjelasan bahawa dia sememangnya seorang yang sangat pemalu.

"Sayang suami tak.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dapat merasakan bahang 'awkward antara kedua pasangan ini. Malahan mereka terhibur melihat keduanya sehingga jurugambar terpaksa mengeluarkan ayat 'pancing' demi mendapatkan hasil gambar yang romantis.

"Macam kahwin paksa, comel.."

Ada juga yang berseloroh mereka kelihatan seperti kena kahwin paksa atas sikap yang terlampau malu-malu dan seperti dipaksa mengambil gambar. 

"Syok tau kahwin dengan bff ni.."

Ada juga yang berkongsi pengalaman dirinya yang bahagia berkahwin dengan kawan baik sendiri kerana semua perkara boleh dilakukan bersama seperti 'kawan-kawan'.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen