Teruja adik bawa 'makwe' datang rumah, kakak siap rakam buat gadis tertunduk malu

Selain teruja dapat berjumpa dengan bakal mentua, pasti akan terdetik perasaan malu dan tak kurang juga gugup, lebih-lebih lagi apabila ia merupakan pengalaman pertama.

Pertama kali datang rumah bakal mentua

Begitulah juga yang dilalui oleh gadis ini sewaktu kekasihnya mengajak untuk bertemu dengan ahli keluarganya.

 

 

 

Tambah malu diusik adik beradik

Menerusi perkongsian Aiman, gadis itu tersipu malu sehingga dia kerap tunduk kerana malu diusik adik beradiknya kerana masing-masing sibuk merakam 'moment' tersebut membuatkan dia bertambah segan.

Lebih menjadi perhatian, senyuman si ibu ketika sedang mencedok nasi juga seperti memberi tanda bersetuju dengan calon yang dibawa bertemu dengan keluarga.

"Untung semua rakam dia"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berpendapat bahawa gadis itu beruntung kerana layanan baik yang diberikan oleh ahli keluarga lelaki, malah mereka juga nampak teruja menyambut kedatangannya ke rumah.

 

"Aku faham malu dia"

"Muka mak tu dah berkenan"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen