Monumen rosak sebab peluh pelancong, masjid besar Cordoba alami masalah kritikal

Keindahan masjid besar Cordoba menjadikan ia antara tempat tumpuan pelancong.

Peluh pelancong cetus masalah

Namun, apabila lokasi tersebut dilimpahi jutaan kunjungan, lain pula yang jadi selepas sumber memaklumkan masjid Cordoba kini berada dalam keadaan kritikal hanya disebabkan oleh peluh pelancong.

Menurut sumber, masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat kunjungan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut setiap tahun.

Banyak bahagian dalam rosak

Susulan insiden, aktiviti pemeluwapan itu telah merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut termasuklah mihrab ikonik masjid yang menghadap ke arah Makkah.

"Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi."

"Haba dalam badan dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekaligus menyumbang kepada kerosakan tersebut."

Selain itu, monumen tersebut juga berdepan cabaran disebabkan status Cordoba sebagai bandar paling panas di Semenanjung Iberia dengan mencecah suhu hampir 47 darjah celcius.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen