Penantian berakhir, suami lulus ujian fizikal polis, balik rumah isteri pula positif hamil

Oleh: Shasha Zack

Suami adalah tunggak keluarga yang memegang tanggungjawab paling besar dalam membina keluarga bahagia. Namun, terkadang mereka terpaksa memilih antara keluarga dan cita-cita lebih-lebih lagi apabila datangnya rezeki anak dan peluang kerja yang telah lama didambakan.

"Tak ecxpect lulus sebab BMI tak lepas.." 

Itulah dilema yang dihadapi oleh seorang suami, @hizarulhafiz yaang berkongsi kisahnya lulus ujian fizikal Konstabel Polis YA1. Hanya redha dan berserah atas segala keputusan, lelaki ini sama sekali tidak menyangka bakal lulus kerana selama ini asyik kecundang atas faktor kurang berat badan.

"Aku lulus, tak sabar nak bagitahu isteri.. Sampai rumah isteri tunjuk ni.."

Tidak sabar untuk memberitahu kejayaannya kepada isteri, sampai di rumah dia dikejutkan juga dengan berita mengenai statusnya yang bakal bergelar ayah dan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Tidak dinafikan, kedua perkara ini merupakan perkhabaran gembira buatnya namun meletakkan dirinya dalam dilema apabila terpaksa meninggalkan isteri sekiranya berjaya ke peringkat akhir dalam saringan pengambilan jawatan ini.

"Pergi je bang, cakap elok2 dengan isteri.."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendorong suami ini untuk menerima jawatan tersebut namun harus berbincang dengan baik bersama isteri. Hal ini demi masa depan mereka yang lebih cerah kelak.

"Allah dah susun cun2.."

Ada juga yang berpendapat suami ini beruntung kerana ditakdirkan Allah mendapat rezeki pekerjaan yang membolehkan dia menjaga anaknya kelak.

"Rezeki baby tu bang.. Alhamdulillah.."

"Besarnya rezeki kepadamu bang.. Percaya dengan perjalanan ni.."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen