Muka 'flawless' jadi 'breakout' teruk kesan pembawakan 'baby', wanita harap ramai fahami jiwa ibu mengandung

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita hamil yang mengalami perubahan muka ketara sejak mengandung.

Berasal dari Indonesia, wanita ini tidak sabar menimang cahaya mata pertama setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.

Pengalaman tak seindah ibu hamil anak sulung yang lain

Namun, pengalamannya hamil anak pertama tidak seindah ibu yang lain, dia mengalami perubahan muka menjadi berjerawat teruk serta gelap di seluruh muka.

Menerusi perkongsian @pimpimpo2 di Tiktok, dia berkongsi gambar-gambar wajahnya sebelum mengandung dan setelah disahkan hamil beberapa bulan.

  

"Mereka taktahu betapa sensitifnya ibu mengandung.."

Perubahan ketara wajahnya itu dipercayai adalah faktor dari pembawakan anak dalam kandungan.

Menerusi kapsyen, ibu ini juga meluahkan bahawa tidak semua orang faham mengenai jiwa wanita mengandung yang sentiasa sensitif.

"Aku rela macamni janji dapat zuriat.."

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat dari komen yang ditinggalkan netizen.

Ada yang berkata rela 'berubah wajah' sebegini asalkan dikurniakan zuriat, dan ada yang prihatin terhadap pendirian suami yang akan menjaga isteri atau meninggalkan setelah melihat perubahan yang berlaku.

"Sebelum hamil berjerawat, dah hamil bersih.."

Ada pula yang berkongsi pengalaman berbeza apabila dia mengalami kulit muka berjerawat sebelum mengandung namun berubah mulus setelah hamil.

"Takut kalau salah pilih suami.."

Ada juga yang meluahkan jika perkara sebegini menimpa diri mereka, berharap ada suami disisi yang sentiasa menemani dan bukan meninggalkan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen