'Husband material', suami teman isteri 'exercise' sebelum masuk 'labour room' undang perhatian ramai

Oleh: Shasha Zack

Sakit melahirkan anak merupakan sakit yang tidak tertanggung ibarat mempertaruhkan nyawa sendiri demi melahirkan seorang zuriat. Itulah kekuatan seorang wanita yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pon.

Justeru itu, para suami haruslah sentiasa memberi sokongan dan perhatian buat isteri yang sedang berjuang demi melahirkan permata hati mereka ke dunia.

"Hargailah pasangan anda.."

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang suami 'mithali' yang menemani isteri kesayangannya melakukan sedikit senaman dan regangan sebelum memasuk 'labour room'. Gelagat suami yang prihatin dan membantu isteri dengan penuh kasih sayang itu telah mencuri tumpuan netizen yang kagum dengan sikapnya.

Memuat naik video di Tiktok, @azwan232323 turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang hebat dan kuat dlam mengharungi kesakitan sepanjang dugaan mengandungkan anak mereka.

Suami tersebut sempat menitip pesanan buat para suami untuk menghargai pasangan masing-masing setelah melihat betapa sakitnya dugaan mengandung.

"Allah je tahu betapa sakitnya kami, cukuplah hargai pengorbanan kami.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai golongan ibu yang terharu melihat layanan suami ini buat isterinya yang tersayang.

Malahan ada netizen yang meluahkan betapa sakitnya menghadapi dugaan ini dan menyatakan hanya berharap penghargaan dari seorang suami.

"Penangan contraction tak boleh bawak bincang.."

"Tolong jangan sia2kan dia.."

Ada juga yang bersyukur melihat wanita ini dihargai suaminya dan menitip pesan buat suami wanita ini supaya menjaga wanita ini dengan sebaiknya-baiknya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen