Buat kerja tak 'clean', polis geleng kepala kejar pasangan langgar lampu merah

Oleh: Zuzu Yasmine

Ingin segera sampai ke satu destinasi sememangnya menjadi kebiasaan semua orang. Malah, paling melecehkan mereka yang mengejar masa ini adalah terpaksa berhenti di lampu merah.

Oleh sebab itu, segelintir pengguna jalan raya memilih untuk melanggar lampu merah walaupun kadang kala boleh membahayakan nyawa sendiri.

Selamba langgar lampu isyarat merah depan polis.

Hal yang sama terjadi pada penunggang motosikal ini namun, lebih malang buat dirinya apabila perbuatan tersebut ‘kantoi’ di hadapan seorang polis trafik.

Menerusi satu rakaman ‘dashcam’ daripada seorang penunggang motosikal yang dimuat naik oleh pengguna Facebook MotoMalaya, memaparkan seorang penunggang motosikal lain dikejar polis dari belakang selepas melakukan kesalahan melanggar lampu merah.

Dalam rakaman berdurasi 42 saat itu, awalnya polis tersebut membunyikan hon sebagai tanda peringatan ketika penunggang motosikal tersebut bergerak sedikit melanggar lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, penunggang berkenaan tidak mengendahkan peringatan tersebut dan terus melanggar lampu isyarat merah sebelum dikejar polis.

“Sabar sikit je bang.”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi diberikan warganet akan kejadian berkenaan. Rata-rata mereka berpendapat sekiranya penunggang motosikal berkenaan sabar sedikit tentunya dapat mengelakkan diri dari disaman.

Kalau berhenti mesti dia bagi 'chance'

Dia ingat escort VVIP kot

Tak fikir keselamatan orang lain

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen