Isteri terkejut suami botak, siap menjerit lari ke belakang tak terima - "Pakai balik cap tu, baru selera."

Oleh: Shasha Zack

Rambut bukan sahaja mahkota buat wanita, namun merupakan imej penting bagi seorang lelaki. Gaya rambut seseornag itu menentukan gaya dan tahap profesional seseorang.

Begitulah hal sama yang tular melibatkan seorang suami yang memutuskan untuk botak atas sebab tertentu.

"Awat hang tak selera tengok aku ka? Harey betul kena pakai topi bagi selera.."

Menerusi perkongsian mencuit hati @ayzayyn, dia yang terkejut lantas ketawa berdekah melihat penampilan baru suaminya yang botak siap jatuh terduduk di lantai kemudian menyuruh suaminya menyarung semula topi.

Suami wanita ini yang terkejut melihat reaksi isterinya dilihat mengusik isterinya yang nampak tidak suka dengan berkali-kali membuka topi dan menyarung semula sambil turut sama ketawa.

Selalu migrain, harap botak kepala dah tak berat

Tak habis mengusik isterinya, suami ini akhirnya menyatakan alasan sebenar dia memilih untuk membotakkan kepalanya. Ternyata selama ini migrain yang menyerang membuatkan kepalanya sentiasa terasa berat sehingga akhirnya dia memutuskan untuk botak dengan harapan tiada lagi sakit kepala yang teruk.

"Betul, tak suka lelaki botak.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai wanita ternyata tidak menyukai lelaki botak. Hal ini kerana mereka merasakan imej lelaki lebih menarik jika mereka pandai menggayakan rambut dan pastinya kelihatan lebih tampan.

"Kalau laki aku botak pon, aku suruh tidur luar.."

"Samalah, tak selera tengok lelaki botak."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen