Sanding semula sempena 'anniversary' ke-73, atok & nenek tersipu-sipu malu

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian dari seorang gadis di Tiktok menunjukkan pasangan warga emas yang bersanding mengundang perhatian ramai. Nampak comel sangat dua-dua lengkap berbusana pengantin!.

"Selamat ulang tahun perkahwinan Tokki & Tok.."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zlkaaa._, dia merakamkan momen indah pasangan datuk dan neneknya yang memakai busana pengantin berwarna merah hati dalam 'majlis sanding' mereka.

Meskipun telah menginjak usia, namun cara mereka menyambut ulang tahun perkahwinan dengan cara bersannding semula seperti 'pengantin baru' dilihat sangat unik dengan gelagat comel darikedua-duanya.

"Tokki malu-malu.."

Apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah gelagat lelaki warga emas tersebut yang tersipu malu sebelum memotong kek dan menyuap kek buat isteri tercinta. Senyuman dari kedua-dua pasangan pengantin ini dilihat sangat mencuit hati warganet yang menonton dan mampu membuat kita turut tersenyum.

Video yang dimuat naik oleh gadis ini mendapat 1.3 juta tontonan dan 95.8 ribu tanda suka dari netizen. Walaubagaimanapun, ruangan komen telah ditutup dan maklumat mengenai perkahwinan juga tidak diberitahu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen