Sebak lihat kesakitan, adik menangis tak berganjak jaga abang lepas berkhatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Air dicincang tak akan putus, itulah perumpamaan yang sesuai akan hubungan antara adik beradik ini. Apabila salah seorang dari mereka terluka atau disakiti, tentunya akan dirasai adik beradik yang lain.

Baik dalam apa jua situasi, adik beradik juga orang pertama yang akan menghulurkan bantuan.

Adik menangis melihat abang kesakitan.

Hal yang sama dilalui dua beradik ini apabila gelagatnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @erniealwin yang memaparkan kedua-duanya sedang bersedih.

Menurut @erniealwin yang merupakan ibu kepada dua beradik itu memaklumkan anak sulungnya itu baru sahaja berkhatan baru-baru ini namun tidak terduga apabila adiknya turut menangis apabila melihat abangnya menahan perit ketika sedang berpantang.

Lebih syahdu lagi apabila si adik mengelap air mata si abang dengan penuh kasih sayang selain tidak mahu berganjak untuk menjaga abang kesayangnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat keakraban dua beradik tersebut. Selain memuji didikan ibu bapa hingga berjaya menimbulkan kasih sayang yang erat antara anak-anaknya.

Bagus didikan mak ayah

Comel je adik beradik ni

Moga ikatan adik beradik terus berkekalan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen