Nahas sembilan beranak & seorang lelaki, pemandu treler didakwa hari ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa termasuk lapan kanak-kanka dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, pemandu treler akan dituduh hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas suspek yang berusia 37 tahun.

Menurutnya, kertas siasatan sudah lengkap dijalankan dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan keputusan.

"Susulan itu, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret (3) Shah Alam 9 pagi mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan R&R USJ lebuh raya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen