Tiga tahun jadi ibu tunggal, Intan Saleh kini selamat bergelar isteri

Nama Intan Saleh pastinya cukup dikenali selepas rumah tangga yang dibina bersama bekas suami yang merupakan seorang pemuzik bebas akhirnya berakhir disebabkan orang ketiga.

Bagaimanapun, mendung tak berterus apabila Intan dikatakan telah selamat menjadi seorang isteri kepada pemuda yang bernama Aizam Yahya.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Intan memuat naik majlis akad nikah dengan jejaka pilihan hatinya.

Malah, dalam video tersebut juga, wanita berusia 35 tahun itu dilihat masuk ke dewan yang dihias indah sambil diapit dua orang puteranya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Difahamkan, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapanya dan dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mendoakan pasangan ini selain turut beranggapan bahawa wanita berkenaan layak mendapat kebahagiaanya.

Tahniah, Intan layak bahagia

Moga kekal bahagia hingga ke jannah

Anda masih keseorangan?

1,039,209 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen