Cabut nombor plate, lori towing cuba bawa lari kereta tersadai akibat banjir?

Oleh: Zuzu Yasmine

Belum habis terkena musibah banjir, mangsa-mangsa bencana alam ini turut hampir menjadi mangsa kecurian.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang meminta pemilik kenderaan yang tersadai di jalan raya akibat banjir untuk melihat kenderaan mereka.

Cuba bawa lari kereta tersadai sebab banjir.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan Twitter memaklumkan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab cuba melakukan cubaan mencuri kereta-kereta berkenaan.

Cabut nombor plate sebelum bawa lari.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik memaparkan sebuah lori ‘towing’ cuba membawa lari sebuah kereta bagaimanapun dapat diselamatkan oleh pemiliknya.

Menurut pemilik kenderaan tersebut, pemandu lori ‘towing’ berkenaan akan mencabut nombor plate kereta tersebut sebelum membawa lari.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Seksyen 23 Shah Alam yang merupakan kawasan yang terjejas disebabkan bencana banjir.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa geram akan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa lori towing berkenaan cuba memindahkan kereta tersebut ke tempat selamat.

Macam ni pun ada ke?

Ada je orang ambil kesempatan

Ambil kesempatan terhadap pemilik?

Nak pindahkan ke tempat selamat?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen