Belum sempat 'unboxing', wanita pasrah tudung DUCK rosak akibat banjir

Oleh: Shasha Zack

Wanita sememangnya mempunyai koleksi tudung jenama pilihan mereka sehingga terkadang boleh memenuhi almari.

Begitu juga dengan wanita ini, yang terkilan kerana koleksi tudung jenama kegemarannya musnah kerana banjir baru-baru ini.

"Sakit tak berdarah."

Perkongsian dari @shadiqnajihan94 menunjukkan koleksi tudung jenama DUCK yang popular musnah kerana terkena air banjir. 

Lebih menyedihkan apabila kelihatan banyak kotak-kotak tudung yang musnah ditambah dengan beberapa kotak tudung yang masih belum dibuka mengundang simpati segelintir netizen yang merupakan 'collector' jenama ini.

"Kotak tu, sayang jugak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan kerugian besar dialami wanita ini memandangkan umum sedia maklum akan harga jenama ini yang mahal. Malahan ada beberapa netizen yang menyarankan untuk membasuhnya dan ada juga yang mencadangkan untuk menjual semula dengan harga lebih murah.

"Moga duck bagi reward kat customer dia."

"I feel you sis."

"Kesiannya, jual sis.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen