Muka naik bengkak & berkedut, ibu hamil malu nak berdepan orang ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi satu kebiasaan wanita sedang berbadan dua akan berdepan dengan pelbagai alahan. Ada yang tidak boleh bau makanan atau suami sendiri namun, ada juga yang berdepan dengan perubahan bentuk wajah.

Ibu hamil malu muka bengkak & berkedut.

Hal yang sama dilalui seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @zaa_riena apabila berkongsi gambar wajahnya yang berubah kerana bengkak dan berkedut ketika sedang hamil anak kedua.

Menurut @zaa_riena, dia berdepan dengan alahan teruk selepas tiga bulan mengadung di mana wajahnya tiba-tiba bengkak dan wajahnya berdekut serta hitam seperti orang tua.

Lebih memilukan hatinya apabila dia kerap kali ditegur orang sekeliling akan wajahnya itu sehingga dia terasa malu untuk berdepan dengan orang ramai termasuklah suaminya.

Katanya, ketika mengandungkan anak pertama juga dia turut berdepan dengan alahan yang sama.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila bengkak di wajahnya kembali pulih dan susut selepas 10 hari berpantang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati akan alahan yang dilalui wanita berkenaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dengan ibu tersebut.

Ibu-ibu kongsi alahan

Pengorbanan ibu

Ibu yang kuat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen