9 Nasihat Kehidupan Yang Mesti Dikongsikan Kepada Semua Anak Gadis.

Girls, lebih lama kamu bernafas di muka bumi ini, lebih banyak pekara yang kamu belajar dan boleh jadikan panduan. Namun, jangan diamkan sahaja pelajaran hidup yang sudah kamu pelajari. Jom kongsikan ia bersama dengan adik perempuan kesayangan kamu juga agar mereka tidak melakukan kesilapan dan tidak terlalu takut untuk berdiri seorang diri.



1. Jangan asyik jadi follower.

Andai kata sahabat kamu melakukan sesuatu yang menyakiti dan membuatkan kamu rasa kurang selesa, kamu berhak untuk berkata tidak dan elakkan diri dari mengikut dirinya. Meskipun kamu jenis yang tak suka berkonfrontasi, ada masanya kamu perlu take charge dan bertegas dengan keputusan kamu!

2. Kamu berhak berasa gembira.

Kehidupan ini bukan drama adaptasi novel. You don't have to sacrifice your own happiness for anything. Berfikirlah secara realistik dalam kehidupan, dan jangan biarkan orang lain menentukan what happiness should be for you.



3. Teruskan kehidupan.

Adat perhubungan, bertemu dan berpisah. Andai kata kamu di kecewakan oleh seorang lelaki jangan terus bersedih dan cuba merosakkan diri. Bangkitlah dan teruskan kehidupanmu. Percayalah, satu hari nanti kamu akan mengenang kembali percintaan itu dan ketawa atas kenaifan kamu.

4. Be creative in life.

Ya, dalam dunia ni tidak semuanya senang dan tiada segalanya yang susah. Kamu perlu jadi seorang yang kreatif, bijak dan berani lakukan sesuatu mengikut apa yang kamu mampu lakukan.



5. Cipta satu pegangan hidup.

Jangan menjadi seperti lalang, meliuk-lentok mengikut angin. Berpeganglah pada prinsip kehidupan yang mampu membawa kamu ke arah kejayaan.

6. Be open-minded.

Ada kalanya kamu perlu lebih terbuka menerima sesuatu perubahan. Luaskan perspektif kamu dengan menimba ilmu dan banyak membaca supaya kamu tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

7. Tiada privasi di media sosial.

Once it's on the internet, it stays forever. Kawal emosi dan amalkan langkah-langkah privasi ketika menggunakan media sosial. Sebelum memuat naik sesuatu status atau gambar, fikir dahulu implikasi jangka masa pendek dan panjangnya kepada kehidupan kamu. Silap haribulan, kamu jadi viral atas sebab-sebab yang memalukan!

8. Dream big & work hard.

Jika kamu mempunyai impian yang besar, kamu perlu ingat bahawa kerja keras adalah kunci segala kejayaan. Jika menunggu bulan jatuh ke riba kerana realiti kehidupan tidak seperti kisah dongeng.

9. Pergilah bercuti atau merantau.

“Jauh perjalanan, luas penglihatan”, itulah yang boleh kamu katakan. Dengan percutian kamu bukan sahaja dapat menikmati keindahan ciptaanNya, malah kamu juga dapat belajar sesuatu yang berbeza seperti budaya masyarakat dari kaum yang lain dan sebagainya. Selain merantau, mungkin kamu juga boleh melanjutkan pelajaran di luar negeri kelahiran. Tinggal berjauhan daripada famili akan mengajar kamu nilai kasih sayang keluarga dan erti berdikari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen