Jumlah kes varian Omicron jemaah membimbangkan, kerajaan tangguh kebenaran tunai umrah

Berikutan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 yang berpunca daripada varian Omicron, kerajaan bersetuju untuk menangguh sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah.

Kerajaan tangguh perjalanan tunai Umrah

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah mendapat persetujuan YAB Perdana Menteri dan kerajaan yang mana penangguhan tersebut akan bermula pada 8 Januari 2022.

 

 

Walaubagaimanapun, bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenalpasti oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kes varian Omicron membimbangkan

Untuk makluman, sehingga 30 Disember 2021, terdapat sembilan kluster berlaku melibatkan jemaah umrah yang mana lima kluster disahkan varian Omicron, 1 kluster Presumptive Omicron dan 3 kluster yang positif bukan varian Omicron.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen