Nak bergurau tapi tak jadi, ini 5 kejadian 'prank' akhirnya korbankan diri sendiri

Orang tua selalu berpesan agar tidak terlalu berlebihan dalam tingkah laku kerana bimbang bakal berhujung dengan tragedi yang mungkin membawa penyesalan.

Ianya bukan sebuah mitos atau helah, namun kita boleh mengambil positif pesanan tersebut sebelum terjadinya perkara buruk seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Berikut merupakan 5 kejadian yang awalnya dianggap gurauan tetapi siapa sangka berakhir dengan kisah tragis sehingga meragut nyawa.

1. Prank dalam almari

Kisah ini boleh dikatakan kisah lagenda yang amat terkenal, malah ia juga pernah diadaptasi ke dalam beberapa buah filem tempatan dan antarabangsa.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2013, bilamana seorang budak perempuan bernama Premila Lal bersama sepupunya sepakat ingin mengenakan (prank) ahli keluarga yang berada di dalam rumah itu dengan masuk ke dalam almari sambil membuat bunyi bisikan.

Namun, ketika salah seorang keluarganya mendengar bisikan tersebut, dia cuba mencari bunyi itu sambil membawa senapang di tangan dan gara-gara terkejut disergah, satu tembakan telah dilepaskan tanpa sengaja menyebabkan Premila meninggal dunia.

2. Baling telur

Dalam tragedi ini, seorang budak lelaki disahkan meninggal dunia selepas seorang pemandu kereta Jeep melepaskan tembakan pada bahu budak tersebut sehingga menembusi rahangnya.

Ia bermula ketika Danny Crawford (mangsa), dan dua orang kawannya cuba membaling telur pada kereta yang lalu ke arah mereka.

Tapi, nasib mereka tidak baik apabila sasaran balingan mereka terkena pada kereta yang salah menyebabkan pemilik kereta tersebut sangat marah.

3. Tutup papan tanda 'stop'

Difahamkan, dahulu terdapat sekumpulan sahabat yang gemar membuat 'content' berunsurkan 'prank' di media sosial.

Namun, hendak dijadikan cerita nasib tidak menyebelahi mereka apabila terdapat satu 'content' mereka telah menyebabkan kematian dua orang warga emas.

Untuk makluman, mereka telah menutup papan tanda 'stop' yang berada di bahu jalan menyebabkan warga emas berkenaan terlibat kemalangan.

4. Prank polis hingga terkena serangan jantung

Kejadian ini berlaku melibatkan seorang anggota polis dan lima orang pelajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat pada 2005.

Kelima-lima pelajar ini telah mencuri kereta yang dikhususkan untuk bermain golf dan berusaha melarikan diri selepas petugas kebersihan menghubungi polis.

Pun begitu, anggota polis bertugas terkena serangan jantung dan meninggal dunia ketika mengejar mereka.

5. Bahana pistol palsu

Pistol yang dianggap palsu, rupanya mempunyai peluru dan telah mengorban nyawa kawan baiknya sendiri ketika mereka berkumpul bersama.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2004, apabila seorang lelaki bernama Nicholas Bell ingin menakutkan kawannya, Jeffrey Charbonneau dengan mengacukan pistol ketika sedang tidur.

Namun, lain pula yang terjadi selepas mendapati pistol di tangannya bukanlah seperti sangkaannya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen