Khusyuk main telefon, suami 'surprise' cincin sorok belakang tisu tanda hargai penat lelah isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga tentunya mempunyai cara tersendiri untuk menghargai antara satu sama lain. Ada yang menggunakan kata-kata malah ada juga yang menyatakan dari segi perlakuan.

'Reward' untuk isteri.

Hal yang sama dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ariffnad apabila memuat naik satu moment dimana dia melakukan kejutan tanda menghargai isterinya.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan meletakkan cincin di sebalek tisu ketika isterinya sedang fokus bermain dengan telefon bimbitnya sebelum meminta untuk wanita berkenaan menarik tisu berkenaan.

Hanya mengikut arahan suaminya, wanita berkenaan yang awalnya bingung berubah terkejut akan ‘surprise’ yang dilakukan suami padanya.

Bagaimanapun, si isteri sempat membebel yang mendakwa suaminya itu membazir namun terpancar kegembiraan di wajahnya.

Hargai isteri, rezeki akan mencurah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat cara lelaki ini mengembirakan isterinya.

Malah, mereka turut mendoakan pasangan ini agar kekal bahagia selamanya.

Bebel-bebel pun suka dia

Semoga bahagia hingga ke jannah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen