Campur pelbagai losyen dalam mangkuk biar kesan lagi putih, netizen tanya tak takut ‘side effect’ ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang yang berkulit cerah dan putih sering kali dikatakan lebih cantik berbanding mereka yang mempunyai kulit sawo matang atau agak gelap.

Disebabkan itu, ramai yang berlumba-lumba untuk memutihkan kulit mereka walaupun kadang kala terpaksa berdepan dengan produk yang membahayakan nyawa.

Wanita campur losyen dalam mangkuk.

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna Twitter dikenali sebagai  @rulduff akan seorang wanita yang mencampurkan beberapa losyen jenama di dalam satu mangkuk.

Bukan hanya losyen berjenam sahaja, namun terdapat satu bahan lain berwarna kuning yang dipercayai membantu kulit untuk lebih cerah dan putih.

Dalam pada itu @rulduff  tidak menyangka perkara ini berlaku di Malaysia sedangkan selama ini hanya lihat di negara luar.

“Ingat kat Vietnam je ada product campur-campur cream ni. Even kat Malaysia pon ada dan siap bangga jual kat Shopee. Masalah kat comment ramai nak beli plak tu. Aiyooo Malaysian, we can do better,” tulisnya kesal.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi dari warganet akan perkara berkenaan. Rata-rata dari mereka mempersoalkan kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya menggunakan produk sedemikian.

Tak takut ke campur sesuka hati?

Ingat buat kuih tadi

Putih-putih nak ke mana?

Rosak 'market' produk

Tak bersih produk tu

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen