"Tak boleh tahan diorang, sebab mereka ada kad UNCHR" - PDRM

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, isu budak Rohingya dan golongan imigran yang mengutip sedekah di persimpangan lampu isyarat menjadi bualan hangat netizen. Sikap mereka yang memaksa ketika meminta sedekah menimbulkan rasa gelisah rakyat Malaysia.

Beberapa video yang tular mengakibatkan orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Pihak berkuasa tak boleh ambil tindakan

Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, ada yang memaklumkan mereka telah menghubungi pihak berkuasa namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Ini kerana golongan pelarian itu memegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka.

"Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Hubungi bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR."

"Jabatan kerajaan terlibat kena duduk semeja bincang dan cari penyelesaian tentang isu ini. Ke nak tunggu budak-budak tu nak kena langgar baru ada tindakan? Nanti yang melanggar pula dipersalahkan." 

- Sumber Utusan-

Netizen pertikai

Menjengah ke Twitter, ramai netizen yang tak bersetuju malahan berang dengan khabar ini. Mereka malahan bimbang akan keselamatan diri ekoran sikap biadap dan ancaman yang peminta sedekah Rohingya berikan.

Diharapkan agar pihak kerajaan melakukan sesuatu sebelum situasi seperti ini menjadi kebiasaan dan menular seterusnya menjadikan kita semua terancam dengan sikap mereka yang dilihat semakin teruk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen