Tular video pihak berkuasa 'escort' lori balak, JPJ tampil perjelas situasi sebenar

Baru-baru ini tular sebuah video menyaksikan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi perjalanan deretan lori yang membawa muatan kayu balak.

Tular video JPJ 'escort' lori balak

Ia mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen berhubung insiden itu sekaligus meminta penjelasan dari pihak terlibat berhubung hantaran tersebut.

 

 

 JPJ laksana Opas Khas Lori Balak

Tampil dalam kenyataannya, JPJ memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang melaksanakan "Ops Khas Lori Balak" yang mana telah berlangsung sejak 3 Januari lalu.

Menerusi Operasi Khas itu, pihak JPJ telah menahan sebanyak 30 buah lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan telah bertindak untuk melakukan pemeriksaan.

Sementara itu, tindakan mengiringi lori-lori tersebut pula adalah bagi tujuan memastikan supaya pemandu-pemandu lori tidak meloloskan diri daripada kawalan pihak Jabatan.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen